Fesyen gaun merah Emma Maembong pamer bentuk badannya
Pelakon sedang meningkat naik, Emma Maembong tampil dengan fesyen gaun ketat berwarna merah yang memukau dan mempamerkan bentuk badannya ketika hadir ke majlis pelantikannya sebagai duta Per’l bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Gadis kacukan Melayu-Scottish itu sempat menafikan dirinya sebagai punca Zizan Razak gagal meraih sebarang trofi pada ABPBH 2013 yang berlangsung pada 24 Mei lalu. Beliau memberitahu bahawa setiap orang mempunyai rezeki masing-masing dan dia tidak perlu dipersalahkan atas kegagalan yang tidak dijangka itu.