Saya ingin mulakan menulis artikel ini dengan membuat kenyataan
Blog sememangnya berkuasa dan berupaya untuk berikan hasil dalam bentuk wang ringgit!… atau dengan kata lain, anda sememangnya boleh buat duit dengan menjadi seorang penulis blog.
Saya sendiri adalah the living proof yang sebelum ini dah berjaya jana pendapatan menerusi medium blog. Bermula dengan hanya suka-suka dan saja-saja nak buat duit lebih pada awal tahun 2009, hingga akhirnya ia menjadi salah satu sumber pendapatan tetap.
Salah satu daripada check Nuffnang yang pernah saya terima. Anda boleh juga baca artikel sebelum ini yang berjudul cara hasilkan pendapatan dengan program pengiklanan Nuffnang [klik sini]
Sebelum tahun 2014, saya 100% menggunakan kaedah blogging untuk buat duit secara online.
Tiada maling list.
Tiada FBAds.
… dan tidak menggunakan social media secara optimum.
Kebergantungan saya lebih banyak kepada teknik SEO, web copy, dan teknik penulisan. Secara tak langsung saya berjaya jadi internet marketer yang low profile. Dalam tempoh tersebut, ada banyak yang saya dapat pelajari yang sekarang ni, In Shaa Allah pasti ada satu atau dua perkara yang dapat saya kongsikan kepada rakan-rakan usahawan yang baru mengenali saya.
Apa dia strategi yang ampuh lagi berkesan untuk buat duit dengan blogging pada tahun 2014 ini?
Dengan lafaz mulia, Bismillahir Rohmaanir Rohim, saya persembahkan kepada anda, strategi blogging untuk tahun 2014. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Strategi 1: Pastikan anda menggunakan WordPress Self Hosted
Ada banyak paltform blogging yang boleh kita gunakan, sebagai contoh blogger, typad, tumblr dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, saya lebih sarankan anda guna wordpress self hosted.
Dengan menggunakan wordpress self hosted, anda boleh install pelbagai jenis plugin yang bagus untuk meningkatkan performance blog anda.
Setiap plugin mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza, antaranya untuk tujuan memudahkan anda buat duit, SEO, kumpul mailing list dan sebagainya.
Sejak tahun-tahun sebelum ini lagi saya dah mula perasan ada banyak blog yang saya ikuti yang menggunakan platform blogger dah kena delete atau remove. Alasannya, mereka telah langgar terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh google.
Anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini yang bertajuk panduan pemasangan blog wordpress self hosted [klik sini]
Strategi 2: Kumpul mailing list menerusi blog
Sesetengah blog, ia mampu menarik jumlah pelawat yang sangat banyak dalam sehari.
Berapa banyak?
Antara 1,000 – 5,000 pelawat setiap hari. Mereka ini adalah terdiri daripada pelawat yang menemui sesebuah blog berpunca daripada hasil carian di search engine seperti google, yahoo, Bing!
Ambil kesempatan ini untuk kumpul senarai emel mereka yang melawati laman blog kita. Jika setiap hari kita dapat kumpul 50 senarai emel yang baru, cukup sebulan, at least kita akan dapat 1,500 senarai emel pelawat yang melayari laman blog kita.
Cabaran yang biasa dialami oleh mereka yang nak kumpul mailing list menerusi blog ialah untuk hasilkan Opt In Form yang professional dan nampak menarik.
Saya pun ada masalah yang sama. Sebab itu saya gunakan plugin Hybrid Connect. [klik sini]
Ini salah satu sebab kenapa saya cadangkan anda guna wordpress self hosted. Kalau guna blogger atau lain-lain platform, anda tak boleh install plugin seperti ini.
Strategi 3: Sentiasa pelbagaikan & mantapkan skil penulisan
Belajarlah dan luaskan pembacaan mengenai teknik-teknik seperti
1. Persuasion (memujuk)
2. Negotiation (berunding)
3. Seduction (menggoda)
Percayalah. Tak rugi anda belajar. Mantapkan skil penulisan anda, kerana anda sebenarnya sedang menjual menerusi penulisan. Lagi banyak anda boleh jual, lagi tinggi pendapatan anda boleh hasilkan.
Strategi 4: Content marketing
Mungkin ini bukan kali pertama anda dengar tentang content marketing.
Apa yang membuatkan sesebuah blog itu menarik dan ramai pengunjung adalah kandungan (content) yang disiarkan dalam laman blog tersebut.
Pelawat mencari informasi, maklumat, hiburan atau ingin mengisi masa lapang apabila mereka buat keputusan untuk baca sesebuah blog.
Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kandungan blog anda relevan dan dicari-cari oleh sasaran pembaca anda.
Dua strategi content marketing
–> Offer value (berikan tambah nilai)
–> Provide solution (tawarkan penyelesaian kepada masalah pembaca blog anda)
Strategi 5: Bina jenama blog anda
No copy paste. No plagiat.
Copy paste dan plagiat adalah shortcut untuk anda berjaya tarik trafik yang banyak ke dalam blog anda. Walaubagaimanapun, ia bukan kaedah terbaik untuk bina jenama blog anda.
Lebih buruk lagi, ia akan menjejaskan imej blog anda. Dah tentu anda tak mahu dikenali sebagai kaki plagiat kan?
Pastikan hanya entri yang original dan unik sahaja yang disiarkan dalam blog anda.
Jika terpaksa menggunakan artikel dari blog orang lain atau dari sumber orang lain, pastikan anda memberi kredit dengan menyatakan siapa pemilik asal artikel tersebut.
Strategi 6: Tunjuk & kongsikan kepakaran anda
Jika anda tak tunjukkan kepakaran anda, tiada siapa yang akan bercerita tentang diri anda. Jika anda pakar dalam bab-bab buat duit dengan program affiliate, pakar dalam bab penghasilkan ebook dan sebagainya
TUNJUKKAN
Ini bukan untuk riak atau nak tunjuk terror. Ini adalah salah satu step yang anda sendiri perlu buat untuk pastikan orang lain tahu apa yang anda tahu.
Sebab itu jangan takutlah nak tunjuk screenshot income, hasil kerja dan apa-apa sahaja kepada umum. Kerana ia sebenarnya menunjukkan bahawa anda ada kepakaran dalam sesuatu bidang.
Strategi 7: Update blog anda setiap hari
Pastikan sekurang-kurangnya blog anda dikemaskinikan dengan satu artikel yang baru setiap hari.
Tulis je apa-apa pun. Yang penting update.
Sekiranya tahun 2014 ini anda baru nak mula blogging, strategi satu hari satu artikel masih tak cukup untuk memastikan anda dapat jana income 4 angka setiap bulan.
Cuba target untuk dapatkan 600 – 1,000 artikel unik dalam blog anda.
Jika anda tak berkesempatan untuk menulis satu artikel setiap hari, sebagai ganti anda boleh hasilkan satu artikel sahaja, selang dua atau tiga hari. Dengan syarat panjang artikel anda adalah sekitar 1,000 – 1,500 patah perkataan.
Ya.
Artikel yang panjang dan penuh dengan informasi.
Strategi 8: Tarik trafik berkualiti ke blog anda
Ini merupakan salah satu elemen penting dalam bidang penulisan blog.
Tak guna ada banyak artikel, kalau tak ada yang baca. Oleh sebab itu, pentingnya untuk blogger kuasai teknik tarik trafik.
Topik tarik trafik akan saya bincangkan dalam entri yang lain. Apa yang anda perlu tahu setakat ini ialah, trafik boleh didapati menerusi
1. Teknik Seo [klik sini]
2. Mailing list
Mailing list anda sangat berguna untuk anda emel dan maklumkan anda telah menghasilkan sebuah artikel yang baru dalam blog anda.
Dengan teknik seo, blog anda berupaya untuk tarik trafik yang konsisten dari search engine.
Update: [klik sini] Teknik tarik trafik yang ramai ke blog anda
Strategi 9: Kolaborasi sesama rakan penulis blog
Bekerja dalam satu pasukan, ia lebih mudah dan lebih menyeronokkan berbanding kerja seorang diri.
Namun, anda perlu berhati-hati memilih orang yang anda ingin bekerjasama. Tersilap pilih, anda yang pening kepala.
… dan ya, saya pun pernah tersilap pilih ahli pasukan.
Daripada memudahkan, jadi menyusahkan pulak.
Strategi 10: Take Action Now!
Adakah anda berpendapat strategi yang telah saya bincangkan dalam artikel ini make sense dandoable?
Jika jawapan anda ialah YA!
Maka tunggu apa lagi? Bertindak sekarang. Kalau boleh, mulakan blog pertama anda sekarang juga.
Buat duit dengan blogging ini perlu dilatih. Kerana dari situ anda akan temui skil penulisan yang dah lama terpendam dalam jiwa anda.
Siapa tahu, bermula sebagai penulis blog, seterusnya anda maju beberapa tapak lagi kepada
1. Penulis ebook
2. Penulis buku (novel, cerpen)
3. Penulis majalah
… dan banyak lagi. Terokai seberapa banyak kemungkinan dan luaskan skop fokus anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, dan sekiranya anda inginkan maklumat lanjut mengenai buat duit dengan blog [sila klik sini]