SEBAB SYAMSUL YUSOF BERAHSIA KISAH CINTANYA DAN TERUSKAN MAJLIS AKAD NIKAH

SEBAB SYAMSUL YUSOF BERAHSIA KISAH CINTANYA DAN TERUSKAN MAJLIS AKAD NIKAH | Syamsul Yusof selamat bergelar suami kepada Puteri Sarah Liyana dalam satu majlis akad nikah yang telah diadakan di Masjid Al Mukarramah, dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 tunai tepat jam 10.30 pagi tadi.




Menerusi Gua.com Shamsul Yusof, enggan mengulas lanjut mengenai bibit-bibit perkenalannya dengan Puteri Sarah Liyana dan berpendapat biarlah kebenaran tersebut hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja.


“Saya tak nak komen kerana perkara ini jika cerita boleh membawa fitnah dan jika tidak bercerita pun boleh kena fitnah jadi saya rasa lebih baik hanya kami berdua saja yang tahu kisah di sebalik bibit perkenalan kami.


Antara sebab Syamsul Yusof terus Majlis Akad nikah ini walaupun kesihatannya tidak mengizinkan akibat dijangkiti penyakit demam denggi dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada Selasa lalu


“Saya tetap ingin meneruskan majlis akad nikah pada tarikh ini (8 Mac) kerana tidak ingin menyusahkan banyak pihak. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kelancaran majlis pada hari ini dan kesihatan saya juga lebih baik dari hari-hari sebelumnya,” ujar Shamsul.

Contact Form Evo Templates Store

Name

Email *

Message *