Kuala Lumpur: Dua penumpang pesawat MH370 yang menggunakan pasport yang dilaporkan hilang di Thailand pada pada 2012 dan 2013, disyaki membeli tiket penerbangan menerusi e-tiket menggunakan mata wang baht.
Difahamkan, mereka yang menggunakan pasport milik warga Itali, Luigi Maraldi dan warga Austria, Christian Kozel juga membelinya secara bersama berdasarkan nombor sirinya yang berturutan dan pada harga sama. Ia disahkan sendiri sistem pengesahan rasmi e-tiket China, Travelsky.
Menurut sumber, mereka dipercayai membeli tiket itu di Pattaya, Thailand sebelum menggunakan laluan darat untuk memasuki Malaysia.
Kedua-duanya menempah tiket syarikat penerbangan China Southern Airlines yang mempunyai perkongsian kod dengan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menaiki pesawat MH370 ke Beijing, menggunakan pasport itu.
Laporan Asal: Bharian
Home » Semasa
» 2 penumpang pesawat MH370 yang menggunakan pasport yang dilaporkan hilang di Thailand